Sunday, October 18, 2009

Ikan 17 Sept 2009



Tebal Pipi & Kerapu
Lokasi : Paip Powerplant
( Krew - Aku, Mat, Adik aku ( Zamri ) & Anaknya )
Tebal Pipi 3 kg menjadi mangsa Penn dengan tali 60lb adik teman Zamri.
Berkat sabar memujuk ikan..................akhirnya
Banyak gak ikan yang kami dapat hampir-hampir 3/4 peti termasuklah tanda, kerapu manis, dan sedikit bebolos.
Mula-mula tu anak saudara aku naikkan anak jenahak / tanda dlm 500 gran
Hebat gak dia ni.
Dulu dia datang seronok appolo tamban dgn pelata tetapi kali ni tak ada musim terpaksalah main bottom.



Ni anak saudara aku dengan tebal pipi. Dia ni agak hardcore macam ayahnya.
Cuti Depavali ni adik aku ambil kesempatan menduga lautan di sekitar sini. Nampaknya tangan penganyir tak sia-sia dia gak yang naikkan tebal pipi tu........... dah rezeki dia. Malam tu kami makan Masam manis ngan tigarasa........seronok gak makan ramai-ramai

Dah tak sabar nak makan tunggu nasi tak sampai-sampai


aku dengan adik aku sembang bila nak turun lagi.........
( maaf tarikh kat kamera tak set lagi )

Ikan 13 Sept 2009

Kerapu dan Jenahak @ Tanda
Lokasi : Tukun Tayar 2 Depa
Aku dan Mat turun bulan puasa.............kering tekak oiiiiii.
Kami balik awal ...............tak tahan panas.
Alhamdullilah ........ada gak rezeki
Ni ikan gred A yang kami dapat gred C ada kat dalam peti....... ok la gak

Tuesday, August 11, 2009

ikan 3 ogos 2009

Ni ikan jenahak yang aku pancing dengan Mat baru-baru ni.
letihlah jugak dah lama cuti
Tak puas bergaya

Ikan ni 1.1 kg ja ........... gred A tu


Jenahak hampir 20 ekor tak masuk kerapu



Thursday, June 25, 2009

Ikan 28 ogos 2008

Nah....... Kurau 8kg partner aku Mat Akhir yang naikkan
Lokasi : Lampu Kelip Powerplant


Man dengan kuraunya
Mat ni kurang bergaya tak macam aku...... tu yang balik-balik muka aku ja yang ada
sebenarnya kami memang selalu turun berdua
Kami memang hardcore memancing .....tetapi ......la ni ....
mangkin lama mangkin kurang...... tak tahu knapa
Gambar terkini pun tak ambil.............nantilah cari mood dulu



Ikan 24 dis 2008





Siakap Bagak Masa aku mancing dengan adik aku dari Melaka

Lokasi : Paip Powerplant

Adik aku dengan anaknya.
Siakap ni adik aku yang naikkan.............dengan tali 60lb ja...
mercik peluh dibuatnya..............berjaya didaratkan.
Sebenarnya adik teman ni ( Zamri ) berpengalaman memancing di sekitar Pulau Besar
bersama abang iparnya.
Bila cuti sekolah dia mai la kesini

Tu.............. dia lebih tinggi dari anak aku

( anak aku dengan pak saudaranya )

Ikan 2 may 2007

Kurau 5.8 kg dah nak jadi rezeki
Lokasi : Jambatan Powerplant Teluk Batu
Tak puas bergaya la.......ni


Ikan 29 april 2007

Kerapu ja..........
Lokasi : Tanjung Pulau Powerplant ( Tanjung Mat Kintan / King )

Ikan 31 mac 2007

Daun Baru 2.2 kg
Tarikanya bukan calang-calang terkejut dibuatnya
Lokasi : Tanah Buang powerplant

Kerapu ada jugak..... bolehlah tahan

Ikan 27 feb 2007

Kuarau 5kg memang ganas, kalau tak berhati-hati boleh putih mata
Lokasi : Tukun Culvert lampu kelip

Ikan 6 jan 2007

Siakap 15kg
Lokasi : Kuala Permatang

Ikan 24 dis 2006

Kerapu 2.1kg dengan 1.7kg jadi habuan
Lokasi : Pulau Sembilan

Wednesday, June 24, 2009

Ikan 12 dis 2006

Tebal pipi 3.8kg melentur ke air joran dibuatnya
Lokasi : Tukun Tayar 8

Ikan 10 dis 2006

Kerapu dan siakap
kerapu 1.8kg dan siakap ni 6.2 kg makan belah petang
Lokasi : Sekitar Culvert Powerplants

Ikan 25 nov 2006

Ni aku dan anak-anak dengan Siakap 9kg
masa tu aku seorang diri Mat pergi kursus.
Jenoh jugak melayan Siakap ni sorang-sorang
Lokasi : Kuala Permatang

Ikan 18 nov 2006

Kerapu 1.8kg
Lokasi : Paip Powerplant Teluk Batu

Ikan 9 nov 2009

Tu dia......Tebal pipi lak 3.5kg
Syoknya tarik Tebal pipi
Lokasi : Tukun Tayar 8 berhampiran Pulau katak
Kalau dah rezeki tak kemana.............


Ni aksi aku naikkan Tebal pipi

Ikan 21 oct 2006

Talang dan siakap
Main talang woww...... lain rasanya......terbang atas air tu
Dulu aku memang pemancing talang......banyaklah gak dapatnya.
Ikan talang kalau buat ikan masin
sedapnya tak terkata
Lokasi : Sekitar Pulau Agas
Bolehlah tahan juga.......... rezeki



Ikan 10 oct 2006

Tu dia kerapu tinggal kepala..............rezeki alu-alu.
Alu-alu sekitar jeti memang banyak...... mailah mancing
Lokasi : Sekitar Jeti Powerplant Teluk Batu

Jabatan Perikanan banyakkanlah tukun kat tepi-tepi terutamanya disekitar Pulau Katak. Dapat jimat minyak nelayan pantai dan menyara anak bini tapi kena jaga juga jangan diganggu pukat.


Ikan 27 may 2006

Mancing jenahak ni memang seronok, dia punya tarik tak boleh dibayangkan........cubalah sendiri
Lokasi : Boya Oren Pulau Sembilan
Kerapu pun jadi habuan.
Syukurrrrrrrrr......


Ikan 6 may 2006

Siakap dan jenahak ...............berdesing tali dibuatnya
Dengan umpan udang hidup ja..
Lokasi : Tukun Tayar 8

Ikan 16 mac 2006

Main kerapu 5 kg ni ........hampir-hampir tewas tetapi pengalaman tekong
Mat Akhir berjaya juga dinaikkan. Dah masuk kedalam culvert...... berjaya
ditunda dengan kaedah tari dari jarak jauh
Lokasi : Culvert paip Powerplant Beluk Batu

Ikan 19 feb 2006

Aku dengan tangkapan yang paling memuaskan aku
Kurau, Jenahak, Kerapu dan Siakap
Lokasi : Hadapan Pulau Powerplant
Seronoknya tak terhingga....................aku berdua dengan Mat.
Tak berhenti-henti kili kami berdecitttttttt.

Ikan 14 jan 2006

Siakap, Tebal Pipi dan Senangin
Lokasi : Tukun Tayar
Inilah kepusannya bila tukun kita dijaga dengan baik
rezeki untuk anak-anak


Ikan 9 jan 2006

Siakap Lampu Kelip
Lokasi : Berhampiran lampu kelip Powerplant Teluk Batu
Lumayan gak hari ini tapi laut agak bergelora

Inilah yang dikatakan rezeki
Siakap, Jenahak, Kerapu, Tanda, Pecah Peruk dll



Ikan 2 jan 2006

Main siakap kat tiang jeti bukan sembarangan.............. tapi kalau
nak jadi rezeki insyaallah
Lokasi : Bawah jeti Powerplant Teluk Batu
Mat Akhir Kawalan pancingnya baik sekali, jarang mangsa dapat
melepaskan diri


Ikan 24 dis 2005

Kerapu dan Senangin
Lokasi : Jeti Powerplant

Mat Akhir bergaya dengan Boron

Macam anak lembu............................lengoh dibuatnya
dekat 15 minit baru nampak mukanya



Ikan 19 dis 2005

Lumayan gak, Siakap, Kerapu, Jenahak dan Senangin
Lokasi di Air Panas Powerplant Teluk Batu
Posing mesti.........................posing